Duration 7:39

PUSARA SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

123 034 watched
0
1.2 K
Published 10 Apr 2018

7 April 2018 - Nama Si Bongkok Tanjung Puteri disebut apabila lagu Tanjung Puteri dinyanyikan yang dicipta oleh Ali Othman cucu kepada Dato Bentara luar Johor. Syukur ke hadrat ilahi sekian lama hajat permulaan tertanya-tanya siapakah 'Si Bongkok' Tanjung Puteri sebenarnya dengan pelbagai cerita rakyat bunyi di telinga. Alhamdulillah.. usaha, hasrat kami dipermudahkan dengan bantuan diberi menjejaki Pusara Si Bongkok dalam hutan semak samun di lereng bukit. Menurut cerita, Tanjung Belungkur yang terletak di kuala Sungai Johor adalah lokasi sebenar Tanjung Puteri. Walhal, ramai yang sangka di bandar Johor Bahru Tanjung Puteri. Kisah tersebutlah sebuah kisah seseorang mendapat alamat mimpi bahwa di tempat tersebut adalah Pusara Si Bongkok bersemadi. Maka dibuat tanda dengan 2 batang Cengal sebagai nisan dan juga terdapat tulisan jawi berjenis getah yang agak kabur sukar untuk dibaca mengesahkan bahwa ini adalah Pusara Si Bongkok. Catitan tarikh 23-12-1981 barangkali semasa ditulis. Beberapa tahun lalu, nisan kepala dari kayu Cengal di ganti ke Batu Nisan jenis Marble dengan tulisan Jawi dan Rumi seperti berikut - `PUSARA SI BONGKOK TANJUNG PUTERI' Setelah sampai di sekeliling, terhidu bau harum adanya tumbuhan sebuah pokok yang bijinya kecil memberi bau harum di sekitarnya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20-25 minit meredah hutan belukar ke lokasi. Agak sukar untuk ke lokasi jika tidak bersama jurupandu. Surah Al Fatihah dihadiahkan pada Pejuang Melayu yang tak didendangkan berjuang demi tanah air Melayu. Berhasrat agar 'Pusara Si Bongkok Tanjung Puteri' dipelihara pada masa ke semasa supaya anak muda kita mempelajari sebagai peninggalan sejarah Johor.

Category

Show more

Comments - 303